Tuesday, 27 March 2012

Pencemaran Udara

Tengok ni...



Makin hari makin dekat pulak dengan rumah laluannya..laju pulak tu..makin banyak la debu-debu beterbangan..geram betul..makin menjadi-jadi..rumah memang tak boleh buka tingkap kecuali di dapur n bilik belakang je..baju pun tak boleh sidai bahagian depan..kereta memang tak nampak rupa..nk cuci pn akan berlaku benda yang sama jugak selagi kerja-kerja diaorg tak selesai..yang paling penting kesihatan..hidung sy dah rasa nak selsema..anak pun hidung kadang-kadang dia macam tak selesa..anak ni lagilah sy risau sebab seharian duduk di rumah..dah tak berani nak bagi jalan-jalan kat luar bila petang..huhu..

Pulut Inti Kelapa

Sebenarnya tak ada idea nk tulis entri apa ni...cuma sekarang dah jadi suka pegang camera..mesti nk snap je apapun kononnya mencari idea utk tulis entri..hehe. Entri kali ni hidangan di pagi Sabtu sebelum ke kelas RM (Research Methodology)..Pagi sy akan bt hidangan yg simple2 je kalau ada kelas..Pulut memang menjadi favourite hubby n anak..abg Aqeel memang minat sangat dengan pulut..first time perkenalkan dia dengan pulut sy bagi rasa je..bila tgk dia serasi barulah boleh bagi banyak skit. Risau jugak sebab org kata pulut ni angin..so pagi sabtu sy sediakan pulut inti kelapa..ambil resepi dari buku 1 Hari 1 Resepi..buku ni mmg best..dah beberapa resepi yang dicuba memang jadi..bahan2 pun simple je..komen dari hubby bila tanya macam mana..then hubby jawab ok jugak..maknanya ok la tu kot..hehe. Cuma kat dalam buku tu pulut inti durian, tp durian tak ada so sy guna kelapa je..Inilah hasilnya..
Pulut Inti Kelapa
 Ada satu yang dah crack tu...hehe..
Ibu...nak..nak..

Sedang menunggu dengan sabar ibu hidangkan pulut inti kelapa untuk kita..sampai meleleh air liur..hehe.

Sunday, 18 March 2012

Baiti Jannati

ALHAMDULILLAH...syukur pada Allah kerana memberikan kami rezeki untuk mendiami rumah sendiri. Syukur sgt2. X blh nk gambarkan perasaan tu mcm mn. Rasa lega sgt walaupun semuanya serba sederhana. Malam pertama tidur di rumah sendiri rasa mcm nk menangis..sebak rasanya..macam-macam dugaan yg kami lalui apabila cerita pasal rumah ni..huhu.Atas permintaan seorg kwn, mintak utk cerita mcm mn sy deco rmh. Sbnarnya sy bknlah seorg yg arif bab deco2 ni..sblm masuk rmh pn belek2 majalah n tanya kwn baik mr google je.. Apa yg kami bt first skli ialah siling..siling ni hasil kerja CPS. Buat siling dulu sblm buat yg lain2 sbb lps bt siling kotor sgt..berdebu. Dinding pn kena cat lain sbb ada part2 yg dh x nmpak cat dh.Bagi kami hasil kerja agak memuaskan wpun ada la cacat skit2 tapi masih lg blh dimaafkan..harga pn agak berpatutan..inilah hasil kerja mereka..
Hasil tangan en suami n CPS

Hasil kerja Alamoda
Kerja tangan Aweng
 Lps tu cat rmh. Cat dinding hasil tangan sy sendiri...kami pilih warna biru utk living n purple utk dining. Grey utk siling dgn frame putih.Bilik ada yg purple n ada yg biru.x cantik sgt sbb bt keje skit tp nk cepat siap je..kerana mengecat blh demam sakit2 badan..huhu..suami yg tlg touch up plak lps tu..siling suami yg cat, smpi en suami kata sakit kepala duk asyik mendongak je..ni la penangannya..cat mengecat ni mkn ms smpi sebulan lebih sbb kami keje 2 hari seminggu je..hihi.Tu pn alhamdulillah time cuti sem, blhla sy tlg2..kesian en suami bt semua.Penat sgt tp puas ati sbb hasil tangan sendiri. Tambah wiring pn suami yg bt..smpi sambung smula gnd n neutral yg contractor pasang. Suami kata nk jimat pnya pasal contractor loopkan keliling gnd n neutral. Pasang semua lampu n kipas..semuanya suami yg bt. Sy tlg hulur test pen je..hehe.Grill plak hasil kerja aweng (ntahla btl ke tak ejaan ni). Kedai ni officemate merangkap jiran yg suggest..harga berpatutan dgn kualiti yg setimpal.Grill, kami pilih warna putih. On the way g kerja selalu tgk ada sebuah rmh yg grill warna putih. Agak menarik. Sbb tu lah kami pilih wrna putih. Ditambah skit dgn paku pakis kat bwh..agak berpuas hati dgn hasil kerja aweng cuma cat putih saje yg nampak nipis skit wlpun ms tempah dh bgtahu nk tebal..Bab langsir plak kami pilih alamoda, sbb bila tgk contoh langsir dkt alamoda, jahitan agak memuaskan berbanding kedai2 lain. Inilah hasilnya, spt pic diatas...kami pilih design yang simple je..dgn budget yang simple..hehe. Rasanya tu je dulu utk dalam rumah..Untuk kat luar kami br letak rumput je dulu. Yg lain2 kemudian la kot..Rumput ni kami ltk dh lama sblm pindah lagi..Kononnya bila dh pindah nnti rumput dh membiak dan bercantum. Skrg dh membiak tp x bercantum lg..x bg mkn kenyang2 kot..hehe.Everyday ms hari kerja kena singgah sini utk siram...kalu x siram takut mati. Rs syg pd pelaburan yg dilakukan, dgn hati x berapa ikhlas dtgla utk siram..xde keje cari keje..ni la dia. Masa tanam tu masih lg musim hujan. Kononnya x yah la nk siram lebih2. Tp hari ni tanam, esok dh start panas..moral of the story x yah la tanam rumput sblm masuk rmh..leceh. Nk kena siram selalu. Rumput ni bli dkt nursery jalan ke TC. Tuan pnya nursery ckp kalu nk senang upah diaorg utk tanam rumput ni..tp utk 20x40 kaki pn dh ribuan..x mampu la tauke..tu pn kalau tanam sediri tapi rapat2 utk keluasan mcm tu dh ribuan, apatah lg kalu upah diaorg. En suami kata kita tanam sendiri la..letak2 je..disamping tnya mr google mcm mn nk tanam.Hasilnya spt pic di atas..ni bli utk seratus keping je. Nk jimat pnya pasal en suami potong dua..masih ada sebahagian tanah lg blum ditanam. Rsnya perlukan dlm 100-200 keping lagi..sbb kat tepi rmh pn ingat nk tanam jgk. En suami ada jgk tnya bila nk smbung lg rumput tu.Bt ms skrg blom lg kot sbb mcm  terasa lg sakit pinggang tanam hari tu..hehe. Yang lain-lain InsyaAllah sy kongsikan dr semasa ke semasa k..

Rumput yg separuh je..


Friday, 24 February 2012

Permata hati ibu dan abah...

Anak-anak ibu, abang dan adik dalam kenangan..abang dengan mata bulatnya dan adik dgn aksinya, semuanya tinggal kenangan. ALLAH lebih menyayangi adik melebihi kasih sayang ibu dan abah. Apabila ibu teringatkan adik pasti air mata akan mengalir. Ibu redha dengan pemergian adik, ibu tahu itulah yang terbaik untuk adik. Adik doakan ibu, abah dan abang dapat jumpa adik di SANA suatu masa nanti. Hanya ALLAH yang mengetahui. Adik sudah pasti gembira di SANA. Adik, ibu dan abah mohon berjuta kemaafan jika sepanjang adik dalam jagaan, ibu dan abah ada melakukan kesakitan pada adik, melukakan hati adik dan apa jua yang ibu dan abah tidak sedari.Ibu tahu adik menderita di sini. Minta maaf adik. Sekarang abang sudah pandai berjalan dan berlari serta bercakap dalam bahasa sendiri. Ibu pasti adik juga begitu. Sedang seronok bermain bersama kawan-kawan. Adik tahu skrg ibu, abah dan abg telah berpindah ke rumah baru dan bukan lg di rumah yg penuh dgn kenangan itu. Adik pernah datang ke sini dulu.Cuma pada waktu itu rumah belum siap sepenuhnya dan ibu tidak berani untuk bawa adik masuk ke dalam. Orang kata rumah baru byk penghuninya. Oleh sbb itu ibu tidak berani membawa adik masuk. Ibu mintak maaf kerana tidak bawa adik masuk kedalam. Dalam fikiran ibu pada waktu itu bilik didepan ialah bilik abang dan adik, anak-anak lelaki ibu. Ibu pilih di depan supaya hero-hero ibu boleh jadi bodyguard untuk ibu dan abah. Waktu adik masih di sini, ibu sentiasa dengar 'dik-dik' panggilan utk adik di mulut abg. Tetapi sekarang abg tidak lg menyebut perkataan tersebut walaupun ibu ajar apabila melihat gambar adik ataupun apabila berjumpa dengan anak-anak jiran yang lebih muda darinya. Apa yang abang rasa ibu tidak ketahui. Abang belum pandai meluahkan apa yang dirasainya dgn perkataan, hanya tangisan yang kedengaran. Adik, baju terakhir yang adik pakai masih lagi dalam simpanan ibu dan baunya masih sama. Itu sahaja yg boleh mengubat rindu ibu pada adik. Pakaian-pakaian adik yang lain dipakai oleh abang begitu jgk dgn kasut adik. Tetapi skrg kaki abang dah tak muat dgn kasut adik. Kaki abang dah besar dik. Jadi ibu dah simpan kasut adik tu. Walker adik pun ibu dah simpan elok-elok. Cuma 'music board' abang jadikan mainannya. Adik, ibu rasa sunyi tanpa adik. Tiada lagi kedengaran panggilan 'bu-bu' untuk ibu. Terima kasih adik kerana hadir dalam hidup ibu dah abah walaupun seketika. 1 tahun 2 bulan dan 23 hari itu sungguh bermakna bagi ibu dan abah. Kenangan bersama adik terpahat kukuh di hati ibu dan abah. Terima kasih anak ibu. Istimewanya permata hati ibu dan abah, Muhammad Aqeel dan Muhammad Aqeef bin Al-Ami. Terima kasih yang tidak terhingga kepadamu YA ALLAH , kurniakan anak-anak ini kepada kami. Semoga mereka menjadi anak-anak yang soleh, beriman kepadamu, berakhlak mulia, sihat walafiat, bijak pandai, menghormati orang tua dan bahagia dunia akhirat..AMIN..

WELCOME

Selamat datang ke blog KEHIDUPAN..kisah suka dan duka. Semoga anda menyukainya.TQ