Friday, 24 February 2012

Permata hati ibu dan abah...

Anak-anak ibu, abang dan adik dalam kenangan..abang dengan mata bulatnya dan adik dgn aksinya, semuanya tinggal kenangan. ALLAH lebih menyayangi adik melebihi kasih sayang ibu dan abah. Apabila ibu teringatkan adik pasti air mata akan mengalir. Ibu redha dengan pemergian adik, ibu tahu itulah yang terbaik untuk adik. Adik doakan ibu, abah dan abang dapat jumpa adik di SANA suatu masa nanti. Hanya ALLAH yang mengetahui. Adik sudah pasti gembira di SANA. Adik, ibu dan abah mohon berjuta kemaafan jika sepanjang adik dalam jagaan, ibu dan abah ada melakukan kesakitan pada adik, melukakan hati adik dan apa jua yang ibu dan abah tidak sedari.Ibu tahu adik menderita di sini. Minta maaf adik. Sekarang abang sudah pandai berjalan dan berlari serta bercakap dalam bahasa sendiri. Ibu pasti adik juga begitu. Sedang seronok bermain bersama kawan-kawan. Adik tahu skrg ibu, abah dan abg telah berpindah ke rumah baru dan bukan lg di rumah yg penuh dgn kenangan itu. Adik pernah datang ke sini dulu.Cuma pada waktu itu rumah belum siap sepenuhnya dan ibu tidak berani untuk bawa adik masuk ke dalam. Orang kata rumah baru byk penghuninya. Oleh sbb itu ibu tidak berani membawa adik masuk. Ibu mintak maaf kerana tidak bawa adik masuk kedalam. Dalam fikiran ibu pada waktu itu bilik didepan ialah bilik abang dan adik, anak-anak lelaki ibu. Ibu pilih di depan supaya hero-hero ibu boleh jadi bodyguard untuk ibu dan abah. Waktu adik masih di sini, ibu sentiasa dengar 'dik-dik' panggilan utk adik di mulut abg. Tetapi sekarang abg tidak lg menyebut perkataan tersebut walaupun ibu ajar apabila melihat gambar adik ataupun apabila berjumpa dengan anak-anak jiran yang lebih muda darinya. Apa yang abang rasa ibu tidak ketahui. Abang belum pandai meluahkan apa yang dirasainya dgn perkataan, hanya tangisan yang kedengaran. Adik, baju terakhir yang adik pakai masih lagi dalam simpanan ibu dan baunya masih sama. Itu sahaja yg boleh mengubat rindu ibu pada adik. Pakaian-pakaian adik yang lain dipakai oleh abang begitu jgk dgn kasut adik. Tetapi skrg kaki abang dah tak muat dgn kasut adik. Kaki abang dah besar dik. Jadi ibu dah simpan kasut adik tu. Walker adik pun ibu dah simpan elok-elok. Cuma 'music board' abang jadikan mainannya. Adik, ibu rasa sunyi tanpa adik. Tiada lagi kedengaran panggilan 'bu-bu' untuk ibu. Terima kasih adik kerana hadir dalam hidup ibu dah abah walaupun seketika. 1 tahun 2 bulan dan 23 hari itu sungguh bermakna bagi ibu dan abah. Kenangan bersama adik terpahat kukuh di hati ibu dan abah. Terima kasih anak ibu. Istimewanya permata hati ibu dan abah, Muhammad Aqeel dan Muhammad Aqeef bin Al-Ami. Terima kasih yang tidak terhingga kepadamu YA ALLAH , kurniakan anak-anak ini kepada kami. Semoga mereka menjadi anak-anak yang soleh, beriman kepadamu, berakhlak mulia, sihat walafiat, bijak pandai, menghormati orang tua dan bahagia dunia akhirat..AMIN..

4 comments:

  1. al fatihah utk arwah adik..

    ReplyDelete
  2. kalau hari ni saya banyak menangis atas sbb perpisahan kat dunia ni, saya rasa tangisan akak lagi mahal nilainya..insyaAllah moga akak suami dan abang dpt jumpa kat sana nanti..

    ReplyDelete
  3. Kenangan yang tak mungkin dilupakan....walau siapa sekalipun.

    ReplyDelete
  4. :(...sabar ye lina..adik pasti bahagia disana..n menunggu lina n suami di pintu syurga...

    ReplyDelete